Kamis, 11 Agustus 2011

Dahsyatnya Hikmah Puasa Bagi Kesehatan

Memasuki ibadah puasa ini, muncul berbagai pertanyaan yang berkaitan dengan kesehatan seperti : bagaimana bagi yang mempunyai badan lemah? Bagaimana pula dengan yang mempunyai sakit maag, diabetes, jantung dan penyakit berat lainnya? Kemudian apakah benar jikalau berbuka harus makan yang manis-manis?


Ternyata berpuasa sangat dianjurkan baik untuk menjaga kesehatan dan bahkan juga untuk terapi penyembuhan.  Puasa juga sudah diakui menjadi penyembuh terhebat dalam menanggulangi penyakit.


Pengaruh mekanisme puasa terhadap kesehatan jasmani meliputi beberapa aspek kesehatan, diantaranya yaitu :
1)  Memberikan kesempatan istirahat kepada alat pencernaan.  Pada hari-hari ketika tidak sedang berpuasa, alat pencernaan di dalam tubuh bekerja keras, oleh karena itudengan puasa oxigenisasi tak berkutat di perut tapi kepala.  Karena oxigenisasi banyak di perut.
2)  Membersihkan tubuh dari racun dan kotoran (detoksifiikasi).  Saat berpuasa, tubuh di detoks (membersihkan tubuh dari racun dan kotoran).  Saat puasa seluruh cadangan makanan yang ada di tubuh dibakar.
3)  Menambah jumlah sel darah putih.  Sel darah putih berfungsi untuk menangkal serangan penyakit sehingga dengan penambahan sel darah putih, secara otomatis dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
4)  Menyeimbangkan kadar asa dan basa dalam tubuh.
5)  Memperbaiki fungsi organ tubuh.
6)  Meremajakan sel-sel tubuh.  Hati, lambung dan organ vital istirahat pada saat puasa sehingga terjadi regenerasi dari organ dalam dan sel-sel memiliki kesempatan memperbaiki diri (peremajaan sel).
7)  Meningkatkan fungsi organ tubuh.
8)  Menyeimbangkan saraf simpatis dan parasimpatis.
9)  Mengurangi risiko stroke.  Puasa dapat memperbaiki kolestrol yang dapat menyumbat pembuluh darah dalam bentuk atekosklorosis (pengapuran dan pengerasan pembuluh darah).


Berbuka puasa dengan yang manis justru merusak kesehatan?
Dari Anas bin Malik ia berkata : "adalah Rasulullah berbuka degan Rutab (kurma yang lembek) sebelum shalat, jika tidak terdapat Rutab, maka beliau berbuka dengan Tamr (kurma kering), maka jika tidak ada kurma kering beliau menegeuk air (HR Ahmad dan Abu Dawud).


Rasulullah berbuka dengan kurma.  Kalau tidak ada kurma, beliau berbuka puasa dengan air.  Samakah kurma dengan air? Samakah kurma dengan yang manis-manis? TIDAK.  Kurma adalah karbohidrat kompleks (complex carbohidrat).  Sebaliknya gula yang terdapat dalam makanan dan minuman yang manis-manis yang biasa kita konsumsi sebagai makanan berbuka puasa adalah karbohidrat sederhana (simple carbohydrat).  Kurma dalam kondisi asli justru tidak terlalu manis.  Kurma segar merupakan buah yang bernutrisi tinggi tapi berkalori rendah sehingga tidak menggemukkan.


Karbohidrat kompleks membutuhkan waktu untuk diubah tubuh menjadi energi.   Dengan demikian, makanan diperoses pelan-pelan dan tenaga diperoleh sedikit demi sedikit sehingga kita tidak cepat lapar dan energi tersedia dalam waktu lama.  Sebaliknya, karbohidrat ssederhana menyediakan energi sangat cepat, tapi akan cepat sekali habis seingga kita mudah lemas.  Maka, ketika makan sahur, jangan makan  yang banyak mengandung gula, karena kita akan cepat lemas.


Seseorang yang kekurangan zat gizi tertentu sama bahayanya dengan mereka yang kelebihan gizsi tertentu.  Makan yang seimbang baik dalam porsi maupun gizi akan mempengaruhi sususnan saraf pusat dan kondisi biokimia tubuh.  Makan yang seimbang adalah makan yang tidak kekurangan tetapi juga tidak berlebihan, yang disesuaiakn dengan usia, kualitas dan kuantitas gerak serta kondisi tubuh.


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA ....


(dari millis sebelah)

Selasa, 21 Juni 2011

10 ALASAN KENAPA DILARANG BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!

2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !

10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!

(dari millis sebelah)

Jumat, 06 Mei 2011

Selamat Ulang Tahun (alm.) Bapak ...


5 Mei ... adalah hari kelahiran (alm.) Bapakku ... tidak ada lagi hadiah yang dapat kuberikan selain doa ....

"Ya Allah ... ampunilah dosa-dosanya, kasihanilah ia, lindungilah ia dan maafkanlah ia, muliakanlah tempat kembalinya, lapangkan kuburnyak, bersihkanlah ia dengan air, salju dan air yang sejuk. Bersihkanlah ia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau telah membersihkan pakaian putih dari kotoran, dan gantilah rumahnya -di dunia- dengan rumah yang lebih baik -di akhirat- serta gantilah keluarganya -di dunia- dengan keluarga yang lebih baik, dan pasangan di dunia dengan yang lebih baik. Masukkanlah ia ke dalam surga-Mu dan lindungilah ia dari siksa kubur atau siksa api neraka ... Amiiiiiin YRA ..."

Bapak .... bagiku engkaulah lelaki sejati dan figur yang sangat kudambakan di dunia ini.  Engkau cerminan jiwa yang penuh semangat dan cita-cita yang luhur. Kau besarkan aku dengan cinta,kasih sayang dan pengorbanan yang tiada taranya. Bapak, aku bangga padamu!